Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu, 1945-2013

ISHAK SAAT adalah Profesor Madya di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Penerbit UTHM (Cetakan Pertama, 2016)
237 halaman termasuk Bbiliografi dan Indeks

RM35.00

Only 1 left in stock

Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu, 1945-2013 merupakan hasil kajian berkaitan dengan perkembangan politik sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah memasuki era alaf baharu. Ia cuba menyingkap sejarah perkembangan kepimpinan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu bermula dari era zaman moden. Ia turut memaparkan tentang bangsa Melayu yang mendominasi Malaysia dari segi kependudukan dan kepimpinan politik sejak zaman-berzaman. Tempoh masa kajian, iaitu dari 1945 hingga 2013 ingin memaparkan perkembangan dan hala tuju kepimpinan politik Melayu, serta sejarah kepimpinan Melayu yang memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-kelompok politik yang berjuan untuk mendapatkan kuasa.

Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu, 1945-2013 mengandungi 7 bab. Bab 1 memaparkan tentang asal usul bangsa Melayu. Bab 2 membicarakan persoalan latar belakang politik Melayu. Bab 3, 4 dan 5 membicarakan persoalan kepimpinan politik Melayu yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bab 3 tentang kepimpinan politik Melayu sebelum merdeka. Bab 4 membicarakan tentang kepimpinan politik pasca merdeka dan bab 5 pula membicarakan kepimpinan politik Melayu di alaf baharu. Bab 6 pula mengajak para pembaca memikirkan tentang masa depan politik orang Melayu yang perlu diacukan dengan acuan yang berteraskan Islam. Kemudian bab terakhir pula merumuskan keseluruhan buku ini yang melihat sejauh manakah warisan kepimpinan dan ketuanan Melayu meninggalkan kesan terhadap masa depan dan hala tuju bangsa Melayu?

Lantaran itu, buku ini menyarankan agar seluruh kepimpinan politik Melayu melihat sejarah bangsa Melayu dan mengambil iktibar daripadanya. Orang Melayu sentiasa dilihat berpecah dan bercakaran sesama sendiri khususnya dalam aspek politik. Melalui kepimpinan tokohtokoh politik yang memiliki karisma kepimpinan dan pengaruh yang kuat berjaya membawa pengikut mereka bersama-sama mencorakkan sejarah politik di Malaysia. Namun persoalannya, orang Melayu hendak dibawa ke mana?

Lantaran itu, buku ini cuba menyingkap peranan, sumbangan dan kepimpinan politik Melayu yang mewarnai perjalanan sejarah politik Melayu dan Malaysia. Sejauh manakah keberkesanan kepimpinan politik Melayu berjaya mencorakkan pemikiran dan pegangan dukungan para pengikut mereka? Melalui pemikiran dan ideologi yang dibawa oleh kepimpinan politik Melayu maka orang Melayu dilihat memiliki kepelbagaian prinsip perjuangan sehingga membentuk kelompok politik kecil di dalam bangsa Melayu. Apakah situasi ini menguntungkan atau sebaliknya.

Justeru itu, buku ini mengajak seluruh rakyat Malaysia menyingkap kembali sejarah warisan kepimpinan Melayu dan Ketuanan Melayu yang mendominasi pemerintahan di Malaysia. Melalui penyingkapan sejarah maka kita boleh mengambil ikhtibar dan dijadikan pengajaran dan sempadan. Sesungguhnya bumi Melayu ini adalah milik bangsa Melayu sama ada dilihat dari sudut sejarah ataupun perkembangan politik semasa. Status son of the soil harus dijadikan pegangan agar bumi yang dipijak kekal bumi Melayu walaupun kebenaran dan toleransi kepelbagaian kaum diberikan ruang yang secukupnya yang memperlihatkan kepelbagaian aliran pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-kelompok politik yang berjuang untuk mendapatkan kuasa.

Weight0.406 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Syazwan Nazmi (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.