Warisan Lembah Bujang Tamadun Terbilang memfokuskan warisan ketara dan tidak ketara (tangible and intangible assets) yang terdapat di Lembah Bujang merangkumi kesenian, persejarahan, sumber alam dan pelancongan. Kajian ini dibahagi kepada dua bahagian utama yang menyusurgalurkan beberapa wacana khazanah warisan semula jadi Lembah Bujang serta warisan kesenian dan persejarahan di Lembah Bujang.
Bahagian pertama manuskrip ini telah dipecahkan kepada lima bab yang bertemakan warisan semula jadi Lembah Bujang. Antaranya merangkumi 20 spesies tumbuh-tumbuhan semula jadi yang telah dikenal pasti sebagai sumber rawatan dan penjagaan dalaman wanita, perubatan berasaskan herba, Lembah Bujang sebagai pusat pelancongan warisan, peranan-peranan muzium, dan seni mempertahankan diri yang sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, iaitu silat.
Bahagian kedua pula terbahagi kepada enam bab yang mempunyai kaitan dengan aspek persejarahan Lembah Bujang, iaitu khazanah kesenian Islam yang terdapat di Kampung Hilir, fungsi dan kesan masjid tertua di Lembah Bujang, pendedahan kewujudan sungai purba di Lembah Bujang, kekayaan sumber air, penemuan arkeologi yang membuktikan kewujudan kerajaan Kedah Tua, dan akhir sekali ialah seni bina rumah tradisional yang pernah wujud di sekitar Lembah Bujang.
Reviews
There are no reviews yet