Out of stock

Warisan Sakral di Malaysia

Disunting oleh MAHANI MUSA

ITBM (Cetakan Pertama, 2019)
216 halaman

RM30.00

Out of stock

ISBN: 9789674608422 Product ID: 24803 Subjects: , , Sub-subjects: , ,

Warisan Sakral di Malaysia memfokuskan warisan amalan sakral yang masih diamalkan di Malaysia sehingga ke hari ini. Jika ditinjau dari sudut sejarah, budaya sakral ini terhasil daripada suatu proses yang panjang yang dipengaruhi animisme dan Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Cerita-cerita sakral biasanya dituturkan oleh orang tua-tua dan dianggap suci, benar-benar terjadi, dan tidak boleh dibuat main-main. Buku ini mengumpulkan 11 buah makalah yang memberi fokus kepada pelbagai warisan sakral yang terdapat di Malaysia. Warisan tersebut mencakupi sebarang bentuk amalan, aktiviti, atau kepercayaan yang dianggap suci dan benar oleh masyarakat pemiliknya, atau yang berkait rapat dengan kepercayaan sesuatu masyarakat.

Budaya hidup masyarakat tradisional penuh dengan keunikan malah adakalanya bersifat aneh. Jika ditinjau dari sudut sejarah, budaya sedemikian terhasil daripada proses yang panjang—pengaruh animisme, dan Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam ke rantau ini. Menariknya, kedatangan Islam itu sendiri tidak dapat menghapuskan sepenuhnya kepercayaan orang Islam terhadap ritual yang dianggap sakral. Cerita-cerita sakral yang biasanya dipertuturkan oleh orang tua-tua misalnya, dianggap suci, kudus, benar-benar terjadi, dan tidak boleh dibuat main-main. Walaupun cerita-cerita sakral ini sering kali dikaitkan dengan mitos, pengkaji melihat betapa besarnya fungsi mitos ini dalam menyampaikan mesej yang penting kepada masyarakat malah ia dianggap sesuatu yang benar ataupun disebut sebagai “true narnatives“.

Perkaitan erat sakral dengan mitos ini dan sumbangannya kepada suatu perjalanan yang mendewasakan manusia telah diperhalus oleh Alan Dundes sebagai “A myth is a sacred narrative explaining how the world and man came to be in their present form“. Beberapa pengkaji pula menganggap mitos yang bersifat sakral itu sebagai salah satu asas kepercayaan tentang sesuatu perkara dan kejadian oleh masyarakat yang memiliki dan mewarisi cerita sakral tersebut. Robert Segal pula melihat mitos dan ritual bergerak seiring, malah mitos tidak boleh wujud tanpa kehadiran ritual dan sebaliknya.

Berdasarkan pandangan di atas, warisan sakral yang menjadi tema utama kajian ini bolehlah dianggap mencakupi sebarang bentuk amalan, aktiviti atau kepercayaan yang dianggap suci dan benar oleh masyarakat pemiliknya, atau yang berkait rapat dengan kepercayaan sesuatu masyarakat. Watak, watak utama tidak semestinya terdiri daripada manusia, namun satu ciri penting dalam warisan sakral ini ia sering kali diiringi ritual tertentu yang diamalkan sejak turun temurun oleh masyarakat pemiliknya.

Pemodenan, dan peningkatan kesedaran agama dan pendidikan ternyata menjejaskan amalan-amalan sakral ini sedikit demi sedikit, malah sebahagian besar warisan sakral itu kini diancam kepupusan ekoran generasi tua pengamalnya semakin lanjut usia manakala generasi muda pula kurang berminat untuk mengambil tahu dan meneruskan amalan ini. Ironinya, tinjauan terhadap aspek sakral seperti pendinding di laman sesawang pula memperlihatkan bahawa amalan atau kepercayaan terhadap unsur-unsur sakral ini masih merupakan alternatif pilihan masyarakat apabila pengubatan moden tidak dapat menyembuhkan penyakit atau menyelesaikan masalah yang dihidapi mereka.

Penghargaan
Prakata

Bab 1 Pengenalan

Bab 2 Sumpah dalam Budaya Politik Melayu

Bab 3 Asal Usul Iskandar Zulkarnain: Kelahiran dan Kehidupannya dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain

Bab 4 Keling dan Mamak Batin: Watak Sakral dalam Cerita Lisan Iban dan Jakun

Bab 5 Unsur Agama dan Sakral dalam Ruang Trans-Budaya: Kajian Kes Keramat Nagore, Pulau Pinang

Bab 6 Warisan Sakral dalam Masyarakat Bawean di Pulau Pinang

Bab 7 Bahasa Roh (Antu) dalam Naratif Sangin di Sarawak

Bab 8 Ritual Momisok dan Monumpuli: Naratif Sakral Kadazandusun dan Adaptasi pada Zaman Kontemporari

Bab 9 Ritual Mandi Bayi dalam Kalangan Masyarakat Tamil Malaysia

Bab 10 Kitab Manaqib dan Tradisi Manaqiban sebagai Satu Bentuk Kearifan Lokal Masyarakat Banjar

Bab 11 Pendinding di Facebook dan Google

Bab 12 Makna Leksikal Unsur Sakral dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Prosodi Semantik dan Kesikapan

Penyumbang

Weight 0.346 kg
Dimensions 22.8 × 15.2 × 1.4 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , ,

Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Warisan Sakral di Malaysia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *