Out of stock

Warisan Seni Bina Negeri Sembilan

MOHAMAD TAJUDDIN MOHAMAD RASDI adalah Profesor di School of Architecture and Built Environment, UCSI University.

DBP (Cetakan Pertama, 2012)
77 halaman termasuk Lampiran dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Warisan Seni Bina Negeri Sembilan memaparkan warisan tradisional Negeri Sembilan yang tidak disentuh oleh penjajah. Pelbagai rumah dan bangunan yang temukil daripada lakaran halus pelan, tampak, keratin dan aksonometrik mendedahkan keunggulan butiran teknologi kayu dan juga perancangan ruang dalaman yang mencerminkan konteks sosiobudaya silam masyarakat Melayu Negeri Sembilan. Kehidupan orang Melayu Negeri Sembilan tradisional mempengaruhi bentuk bangunan dan susunan ruang serta ukiran yang terbina daripada tukang-tukang yang mahir. Tidak ada warisan tradisional negeri-negeri lain yang mempunyai kesatuan ciri yang sejelas warisan seni bina tradisional yang dipaparkan dalam lakaran buku ini.

Bangunan-bangunan yang didokumentasikan dalam buku ini merupakan sebahagian daripada warisan seni bina Negeri Sembilan. Dokumentasi bangunan warisan seperti yang terdapat dalam buku ini bukan sahaja penting bagi mengetahui tentang selok-belok binaan dan struktur bangunan tetapi ia juga merupakan suatu refleksi adaptasi dan kepercayaan sesuatu kaum atau bangsa dalam dunia Melayu tradisional. Maklumat bangunan-bangunan warisan yang terdapat dalam koleksi ini adalah sebahagian kecil daripada hasil kerja KALAM atau Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu. KALAM merupakan sebuah pusat kajian yang bermula dengan usaha pendokumentasian bangunan warisan daripada subjek Lukisan Terukur yang dijalankan oleh para pelajar dari Jabatan Seni Bina, Universiti Teknologi Malaysia.

Sejak empat dekad yang lalu KALAM telah mengumpulkan maklumat arkib warisan seni bina terbesar di Malaysia. Jabatan Seni Bina, Universiti Teknologi Malaysia merupakan institusi pertama yang memulakan usaha lukisan terukur bagi menyelamatkan bangunan-bangunan tradisional daripada dimusnahkan oleh pembangunan dan faktor persekitaran. Adalah diharapkan agar penerbitan buku ini dan usaha KALAM secara tidak langsung merapatkan jurang perkauman di Malaysia dengan maklumat yang dapat memberi pendidikan tentang adaptasi, resam dan kebudayaan setiap kaum di negara ini. Untuk membina ketamadunan, adalah perlu bagi setiap kaum kenal-mengenal antara satu sama lain dan membina perpaduan hakiki.

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat perlu disajikan dengan maklumat penting tentang warisan seni bina agar pemeliharaan serta penggunaan semula dapat dijiwai bagi mengekalkan identiti negara bangsa. Usaha ini diharapkan dapat membina jambatan kefahaman antara para pentadbir dan pengusaha dalam merancang pembangunan negara yang berteraskan budaya dan bukannya ekonomi semata-mata.

Senarai Foto
Senarai Rajah
Prakata

1. Istana Seri Menanti
2. Istana Ampang Tinggi
3. Rumah Dato’ Perba Meon
4. Rumah Uwan Sinab
5. Rumah Che Tom Binti Sulaiman
6. Rumah Hajah Zunah
7. Rumah Haji Darun
8. Rumah Hajah Rafeah
9. Rumah Dato’ Muda Haji Omar Bin Lajim
10. Rumah Dato’ Laksamana Salleh
11. Rumah Hajah Selipah

Lampiran
Indeks

Weight0.259 kg
Dimensions25.2 × 25.4 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.