Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu

Disunting oleh ROS MAHWATI AHMAD ZAKARIA dan AHMAD BAZRI MOKHTAR

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2022)
268 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

In stock

If you purchase this book you will earn 9 reward points!
ISBN: 9789672517740 Product ID: 34123 Subjects: , Sub-subjects: , ,

Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu mengetengahkan pelbagai perbincangan dari kaedah pembelajaran dan pengajaran, sastera, perubatan, undang-undang, adat, budaya dan teknologi pembuatan dakwat dalam satu naskhah sebagai bahan bacaan dan rujukan semua lapisan masyarakat. Manuskrip ilmu tradisional merupakan antara sumber penting yang perlu diteroka dan dikaji dengan lebih giat. Manuskrip-manuskrip ini memiliki aspek-aspek yang unik dan istimewa dalam pengkajian manuskrip—dapat dianggap sebagai sejenis hasil karya yang signifikan dalam mengangkat persoalan kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu, terutamanya mengenai epistemologi dan pemikiran mereka. Manuskrip ini tentu tidak jauh bezanya daripada bahan-bahan manuskrip yang lain, namun tetap memiliki cara dan gaya yang tersendiri. Maka ia memerlukan strategi pengkajian yang khusus yang dapat membentuk fokus utama dalam mengendalikannya—iaitu dengan mempertimbangkan soal-soal epistemologi, kosmologi, linguistik, peristilahan, sistem kepercayaan; begitu juga dari segi akomodasi ilmu tradisional itu dengan unsur-unsur kebudayaan, dalam aspek-aspek cara bagaimana ia disebar, diserap, atau diadaptasi dalam kehidupan masyarakat Melayu. Dengan tujuan untuk mendekati hal-hal seperti itu, keseluruhan manuskrip perlu difahami dan dipelajari.

Manuskrip Melayu ialah bukti kesarjanaan dan kewujudan tamadun Melayu yang penting untuk difahami oleh generasi muda masyarakat Melayu supaya mereka turut bangga dengan ketinggian ilmu yang dimiliki oleh bangsanya. Kekayaan warisan sejarah dan kepercayaan penduduk setempat membawa mereka ke arah kegemilangan tamadun Melayu yang lebih gemilang di bawah pengaruh agama Islam. Namun begitu, sejarah pembangunan intelektual bangsa terutama sistem penulisan yang melibatkan aksara dan penulisan manuskrip perlu disuburkan dengan pelbagai pendekatan sama ada secara ilmiah mahupun secara santai bagi menarik minat dan memperkasakan pengetahuan masyarakat tentang manfaat ilmu yang telah disediakan oleh generasi terdahulu. Oleh itu, hasil-hasil kajian manuskrip Melayu pada hari ini adalah sangat bermanfaat bagi mendekatkan masyarakat dengan sumber asal dan jati diri bangsa Melayu itu sendiri. Malah hasil kajian oleh pengkaji tempatan juga sangatlah penting bagi memberi interpretasi mengikut acuan budaya masyarakat Melayu yang berbeza dengan hasil kajian oleh pengkaji Barat. Justeru, buku ini bertujuan untuk memberi perkongsian ilmu mengenai warisan ilmu, nilai, sastera, seni, budaya, kepimpinan dan intelektual dari sumber bertulis manuskrip alam Melayu sekali gus mengangkat ketinggian ilmu kearifan tempatan dan akal budi masyarakat Melayu.

Senarai Jadual & Rajah
Prakata

1. Tinta Melayu: Aksara dan Manuskrip
Ros Mahwati Ahmad Zakaria & Ahmad Bazri Mokhtar

2. Manuskrip-manuskrip (Kepustakaan) Ilmu Tradisional Melayu: Garis Penelitian Umum Menurut Pendekatan Filologi
Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Mohd Taufik Arridzo Mohd Balwi & Eizah Mat Hussin

3. Falsafah Kepengarangan dalam Syair Surah Al-Qiyamah: Satu Analisis
Zubir Idris

4. Konsep Keadilan Pemimpin dalam Naskhah-Naskhah Kesusasteraan Melayu Tradisional
Muhd Norizam Jamian

5. Kearifan Tempatan dalam MSS1292 Kitab Tib
Roziah Sidik @ Mat Sidek

6. Harapan Dinamik Pengajian Melayu-Nusantara di Belanda Dulu, Kini, dan Masa Hadapan
Surya Suryadi

7. Rantau China, India dan Alam Melayu dalam Catatan Nas al-Sin wa al-Hind
Farid Mat Zain & Nurul Syuhada Ismail

8. Tema dan Gaya Bahasa Cerita Kanak-kanak Jawa Tjampoer Bawoer
Yusmilayati Yunos

9. Analisa Jenis Pigmen di dalam Iluminasi Manuskrip Al-Qur’an dari Kesultanan Terengganu
Rajabi Abdul Razak

10. Pemikiran Epistemologi Melayu Melalui Pembacaan Manuskrip Terpilih: Epistemologi Shamsuddin al-Sumatra’I dalam Kitab Haqqul Yaqin fi Aqidat al-Muhaqqiqin
Mohamad Nasrin Mohamad Nasir

11. Undang-Undang Adat Perpatih dalam Tambo Alam Minangkabau: Kajian Teks Koleksi Peribadi
Mohd Rosli Saludin & Ahmad Bazri Mokhtar

Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks

Weight0.404 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.