Warkah Diplomatik Melayu

SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD adalah Profesor Madya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2022)
123 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

In stock

If you purchase this book you will earn 12 reward points!
ISBN: 9789670035147 Product ID: 33592 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Warkah Diplomatik Melayu memberi pengenalan kepada komponen, elemen dalaman dan fizikal, peranan jurutulis istana dan penelitian ilmiah berkenaan warkah, serta perbincangan mengenai pendekatan dan tatacara filologi, elemen komunikasi interpersonal yang ditemui dalam warkah Melayu. Warkah berhias dan warkah emas adalah antara dokumen tinggalan sejarah yang sehingga kini masih boleh diakses di institusi-institusi yang menyimpan khazanah warisan bangsa di serata dunia. Pada zaman kesultanan Melayu dan wujudnya sistem tulisan, warkah menjadi medium perantaraan utama dengan kerajaan-kerajaan lain dan juga gabenor dari Eropah. Warkah mempunyai struktur penulisannya tersendiri dan dihiasi dengan iluminasi menarik yang terdiri daripada alam flora, haiwan dan juga cakerawala.

Warkah Melayu adalah naskhah terawal di alam Melayu yang dapat dikesan dan ia adalah khazanah bangsa yang sangat berharga. Sehelai warkah dianggap lengkap dan sempurna apabila ia mempunyai struktur susunan bahasa yang baik, gramatis dan dilatari dengan bentuk iluminasi yang kreatif dan bermakna. Misalnya, warkah berhias kiriman Sultan Iskandar Muda Mahkota Perkasa Alam kepada Raja England iaitu King James I. Surat ini adalah surat Melayu yang kaya dengan hiasan, tercantik, paling tertua dan memerihalkan kemegahan pada zaman pemerintahan Aceh. Saiz ukurannya hampir mencapai satu meter.

Di samping itu juga, golongan sultan atau pemerintah pada zaman kesultanan Melayu sangat mementingkan isi dalaman dan luaran warkah terutamanya apabila ingin menjalinkan hubungan diplomatik kerajaannya. Kekuatan pada sehelai warkah itu dapat dikenal pasti menerusi kandungan dan matlamat penyampaiannya. Hal ini telah menyerlahkan kebijaksanaan masyarakat Melayu dengan mengetengahkan keaslian adab dan budaya sebagai interaksi utama apabila berhubungan dengan pemerintah-pemerintah dari Eropah untuk urusan seperti diplomatik, ekonomi dan, sebagainya. Justeru, walaupun mengambil perjalanan masa yang lama untuk sampai kepada penerimanya dan dibawa oleh utusan yang diamanahkan namun warkah yang merentasi sempadan sesebuah kerajaan ini dapat dikatakan sebagai simbol kejayaan dan keperibadian serta kesungguhan pemerintah menjalinkan sesebuah hubungan.

Senarai Rajah
Senarai Jadual
Kata Pengantar / Foreword
Prakata
Penghargaan

1. Menelusuri Warkah Melayu sebagai Penghubung Tradisi Zaman Silam
2. Filologi dan Transliterasi Warkah Melayu Terpilih
3. Komunikasi Interpersonal dalam Warkah Melayu
4. Keragaman Bingkisan Hadiah Diplomatik
5. Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.248 kg
Dimensions24 × 16.4 × 0.8 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.