Out of stock

Warkah Eropah

A. SAMAD SAID (b. 1935 —) mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dan kemudian melanjutkan pelajaran di Victoria Institution, Singapura. Antara novel yang dihasilkan ialah Salina (1961), Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri (1966), Sungai Mengalir Lesu (1984), Di Hadapan Pulau (1978), Adik Datang (1980), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985), Hujan Pagi (1987) dan Cinta Fansuri (1994).

DBP (Cetakan kedua, 2019)
234 halaman

RM120.00

Out of stock

Warkah Eropah memuatkan catatan peribadi A. Samad Said selama enam minggu berkelana di bumi Eropah, iaitu Perancis dan England sekitar tahun 1989. Beliau telah menulis kepada isteri-isteri dan anak-anaknya, juga kepada teman-teman tentang pelbagai kesan. Tradisi penulisan surat sebenarnya merupakan satu genre kesusasteraan yang tersendiri. Terlalu sedikit sebenarnya yang diketahui tentang tokoh-tokoh seperti Lord Byron, Lord Chesterfield, Charles Dickens, William Hazlitt, Charles Lamb, Horace Walpole dan Robert Louis Stevenson melainkan melalui surat-menyurat mereka dengan teman-teman penulis, isteri, suami atau kekasih. ⁣

Begitu jugalah halnya dengan Franz Kafka yang sangat berahsia itu hanya tertonjol apabila tersiarnya surat-surat beliau kepada Felice Bauer. Edith Wharton juga tidak banyak dikenal orang walaupun telah muncul biografi tentang beliau yang ditulis oleh R.W.B. Lewis serta lahirnya novel-novel beliau seperti The House of Mirth dan Ethan Frome. Surat-surat beliau kepada Morton Fullerton telah memberikan gambaran yang lebih jelas tentang diri dan kehidupannya. ⁣

A great body of informal literature is preserved through collections of personal letters,” demikian kata Lord Byron di dalam salah sebuah suratnya. ⁣

Surat-surat, poskad serta catatan dan goresan peribadi A. Samad Said ini cukup menarik perhatian. Selain daripada kesan pertemuan beliau dengan tokoh-tokoh yang selama ini kita kenal hanya melalui keharuman nama mereka saja, kita juga merasakan sentuhan rasa beliau ketika menjengah muzium, tempat-tempat bersejarah malah pusara. ⁣

Warkah Eropah penuh dengan nama sasterawan, ahli falsafah, editor juga tokoh politik dan pemimpin organisasi. ⁣Satu hal yang istimewa ialah A. Samad Said tidak hanya mencatat kenangannya pada helaian kertas, poskad atau buku tetapi juga kertas tisu di hotel atau restoran. Pembaca akan mengagumi betapa telitinya beliau mengurus kewangannya. Hal ini terserlah pada halaman 26-28 buku ini bagi menunjukkan betapa beliau merangka setiap inci perjalanan bagi menjimatkan setiap sen wangnya.

Weight1.2 kg
Dimensions23 × 31 × 2 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.