Warna Sukma Usia Muda

ARENA WATI (1925-2009) adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1988.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2005)
411 halaman

RM40.00RM60.00

Product ID: 3773 Subjects: , Sub-subject:

Warna Sukma Usia Muda adalah kisah pelayaran anak muda bernama Abdul Rahim Daeng Massare yang menongkah arus dan lautan luas, mengharungi gelombang biru dan merentas sempadan negara dengan mengemudi Sukma Bayu belayar ke seantero Nusantara. Nakhoda Abdul Rahim mula mengemudi Sukma Bayu ketika belasan tahun, belayar dari satu pelabuhan ke satu pelabuhan di banyak negara. Beliau begitu akrab dengan adat resam pelbagai bangsa hasil penjelajahannya di Laut China Selatan, Laut Jawa, laut Sulawesi, Laut Flores, Laut Banda, Laut Maluku dan Laut Andaman; setiap selat telah dilayarinya termasuklah Selat Melaka, Selat Karimata dan Selat Makasar.

Kini laut adalah darah dagingnya-hujan dan ribut, ombak dan badai, taufan dan gelombang dapat ditempuhi. Pelayarannya bukan hanya dilambung gelombang, dipukul ribut atau merempuh karang di lautan. Semasa Perang Dunia Kedua Nakhoda Abdul Rahim terpaksa belayar di celah-celah taburan periuk api di lautan yang telah meletupkan banyak kapal dagang selain serangan orang laut yang mahukan wang ringgit dengan cepat. Pada masa yang sama dirinya terjerat dalam peperangan jiwa yang bergejolak, bermain dengan hati muda hingga terpaut dengan perasaan cinta dan kasih pada seorang gadis. Tetapi kasih sayang yang suci itu tenggelam kerana cita-cita murninya yang berpegang pada prinsip jati diri, berbekalkan kiat dan kaifiat I Lolo Bayo bersandarkan amal dan iman. Jiwanya yang memberontak inginkan kedamaian. Semangatnya untuk menimba ilmu tidak pernah padam malah semakin banyak rintangan mendatang semakin menjulang api kemaraan untuk menambah ilmu di dada. Kerinduan yang menghimpit pada keluarga dan kampung halaman ditukar dengan semangat untuk terus berbakti dan menghadapi gelombang hidup dengan cekal.

Tema Warna Sukma Usia Muda amat jelas iaitu nostalgia peribadi penulis. Penuturan itu penulis tuang dalam bentuk percintaan beliau dengan tujuh gadis. Itu, pada zahirnya sahaja. Itu penulis gunakan bagai gula dijadikan sakar, atau sira jadi kulit pada pil pahit, supaya itu mudah ditelah oleh sesiapa pun. Terutama di kalangan anak-anak muda generasi kini, untuk bakti mereka di masa depan. Penulis berusaha melalui Warna Sukma Usia Muda, semoga mereka hayati jiwa dan cita-cita era lampau, sebagai pangkal tumbuhnya peristiwa, dan itu jadi fenomena kehidupan kini.

Fenomena Usia Tua

I – PUNTUNG HARAPAN
1. Melodi Sari Bunga Jiwa
2. Jiwa Bernada Kuntum Sukma
3. Dalam Sukma Kubaja Rindu
4. Bunga Rindu Menanti Embun
5. Jambak Sukma Hilang Jambangan

II – API HARAPAN
1. Senyum Penawar dari Biduri
2. Biduri Bukan Silih Jambangan
3. Satu Tujuan Berlainan Jalan
4. Jangan Jadi Kapar di Pantai
5. Lain Pantai Lain Ombaknya

III – BARA HARAPAN
1. Antara Mata Ada Hati
2. Antara Hati Ada Kalbu
3. Di Sisi Kalbu Ada Sukma

IV – NYALA HARAPAN
1. Sayang Tumbuh Dari Budi
2. Budi Tumbuh Dari Kasih
3. Di Lubuk Kasih Tumbuh Cinta

V – PURUN HARAPAN
1. Pohon Kasih Berdaun Muda
2. Salinan Surat Sarida – 1
3. Salinan Surat Sarida – 2
4. Bunga Fajar Gugur Pagi
5. Laut Itu Kuburan Juga

PENUTUP
Ontologi Kumbang dan Kembang

WeightN/A
DimensionsN/A
Author(s)

Format

,

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author