Weltanschauung: Suatu Perjalanan Kreatif merupakan rakaman proses kreatif Sasterawan Negara Shahnon Ahmad selama hampir 50 tahun yang ditulis secara jujur dan berterus terang. Menurut Shahnon, konflik diri yang dialaminya apabila melihat manusia semakin hilang nilai kemanusiaannya menyebabkan beliau menghasilkan novel Srengenge, Seluang Menodah Baung, Tunggul-tunggul Gerigis, dan sebagainya.
Shahnon juga menjelaskan bahawa tugasnya sebagai pensyarah kesusasteraan di Universiti Sains Malaysia, pembacaannya yang luas terhadap karya penulis besar dunia, peranan Dewan Bahasa dan Pustaka, pengkritik sastera dan aktivis sastera turut menyuburkan proses kreatifnya dalam menghasilkan karya.
Weltanschauung: Suatu Perjalanan Kreatif merupakan himpunan makalah yang wajar dibaca oleh khalayak yang meminati kesusasteraan, khususnya calon pengarang, pengaragn, mahasiswa dan sarjana yang menjurus dalam bidang kesusasteraan.
Reviews
There are no reviews yet.