Wira Bukit

A. SAMAD SAID adalah penerima Anugerah Penulis S.E.A. (1979) dan Anugerah Sastera Negara (1985).

DBP (Cetakan Ketiga, 2005)
92 halaman

RM15.00

Only 1 left in stock

If you purchase this book you will earn 3 points worth of RM0.30!
ISBN: 9789836221933 Product ID: 26240 SKU: 9789836221933 Category: Tag:

Wira Bukit merupakan skrip drama karya A. Samad Said, secara sinikal dan halus mengajak pembaca melihat wajah sendiri dalam riuk rentak politik semasa yang kadang-kadang digunakan oleh orang tertentu untuk kepentingan peribadi. Di samping unsur-unsur patriotik yang mengisahkan perjuangan menuntut kemerdekaan, drama ini juga membawa kisah cinta yang menyayat hati. Kisah penuh misteri tentang kepulangan seorang lelaki, Zahdi, ke kampung halamannya setelah 27 tahun meninggalkan tanah air tetapi juga meninggalkan seorang gadis yang pernah dicintai.

Sama seperti Di Mana Bulan Selalu Retak, drama Wira Bukit juga mengambil dan menyalin peristiwa dan masalah-yang sedang berlangsung. Bezanya barangkali peristiwa Di Mana Bulan Selalu Retak tidak sehangat peristiwa Wira Bukit, maklum sahaja drama pertama ini sekadar menyentuh soal pengangguran—punca dan kesannya—sedangkan Wira Bukit menyelongkar gaung kenangan peristiwa revolusi dan darurat di Indonesia dan di Malaysia,

Ringkasnya, kisah Wira Bukit ini mudah. Seorang pejuang kemerdekaan Malaya terpaksa lari dulu ke Indonesia untuk bersiap berjuang lagi. Tapi, ketika di Indonesia dia terlontar ke dalam arus revolusi republik. Dan setelah 27 tahun berlalu dosa lamanya mula menyentak-nyentak ketenangan batinnya, memaksanya kembali ke Malaysia. Seluruh kampung yang sedang menghadapi pemilihan pemimpin untuk pilihanraya terbongkas hati nurani dan ketenangannya, menyebabkan keadaan bertambah getir.

Di tengah-tengah gelora itulah segalanya diperiksa, setiap kali dengan meninjau atau menggali sejarah lama. Semakin ke dalam, masing-masing merasakan kepulangan Zahdi, bekas pejuang itu, semakin banyak mencetuskan keresahan. Perdebatan mengenainya berlanjut, terkadang-kadang memeriksa erti dan niat kedatangan Zahdi, dan terkadang-kadang menarik interpretasi dari kehadirannya. Berlakulah hujah dan sanggah yang semakin melukakan.

Catatan
Antara Bulan dan Wira
Pelakon

BABAK PERTAMA

BABAK KEDUA

Adegan I
Adegan II

BABAK KETIGA

Weight 0.1 kg
Dimensions 18.5 × 11.4 × 0.7 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Wira Bukit”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.