Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah

Voltaire diahirkan di Paris pada tahun 1694 dengan nama Francois-Marie Arouet. Voltaire dikenali sebagai seorang daripada penulis zaman Pencerahan terulung asal Perancis. Idea-ideanya melingkari atau merupakan lanjutan kepada pemikiran tokoh-tokoh seperti John Locke, Francis Bacon dan Isaac Newton. Karangan-karangan yang dihasilkannya kerap diharamkan oleh pemerintahan kerajaan Perancis waktu itu. Selain risalah-risalah kritikan terhadap budaya dan gereja , misalnya seperti Letters on the English (1733), The Age of Louis XIV (1751) dan Essay on the Customs and the Spirit of the Nations (1756). Beliau turut menulis puisi-puisi serta pementasan drama. Karya-karya falsafahnya yang terkenal pula tampil dalam bentuk cerita-cerita satira; Candide disifatkan sebagai antara karangannya yang terbaik. Di usia tua , Voltaire berhasil di dalam perniagaan pembuatan jam yang diceburinya ketika hidup dalam buangan di Switzerland.

IBDE (2018)

228 halaman

ISBN 9789671549766

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!

Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah merupakan kisah satira yang ditulis oleh Voltaire sebagai parodi, antaranya untuk menyindir institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan ketika zamannya. Terdapat tiga watak utama yang diwujudkan dalam satira ini iaitu Zadig, Micromegas dan Candide. Dan kesemua watak ini mempunyai kisah-kisah yang tersendiri dan penuh dengan unsur sindiran dan kritikan.

Antara pendekatannya melalui satira-satira ini ialah dengan menampilkan sebuah pengembaraan aneh watak-wataknya, dan dalam masa yang sama menyampaikan kritikan-kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya masyarakat sekali gus. Misalnya dalam watak Zadig dalam bab pendengki menunjukkan kejahatan raja dalam menjatuhkan hukuman kerana Raja dikritik dan disindir melalui sebuah bait sajak yang ditulis oleh Zadig.

“Mahkota diraih dengan

jenayah terang-terangan

seteru terkeji

menggugat tenteram”

Dari satu sisi, Voltaire juga menganjurkan penyisihan terhadap falsafah optimism – seperti yang ditunjukkan dalam Candide – dalam usahanya untuk menggalakkan lingkungan masyarakat sekeliling bersama-sama memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan mereka sendiri.

Voltaire sempat dipenjarakan beberapa kali dan dibuang negeri kerana tulisan-tulisannya yang mencabar status quo.

 

Weight0.327 kg
Dimensions15 × 1.7 × 22.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mukhlis

    It’s really an amazing story

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author