Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah

VOLTAIRE dilahirkan di Paris pada tahun 1694 dengan nama Francois-Marie Arouet. Voltaire dikenali sebagai seorang daripada penulis zaman Pencerahan terulung asal Perancis. Idea-ideanya melingkari atau merupakan lanjutan kepada pemikiran tokoh-tokoh seperti John Locke, Francis Bacon dan Isaac Newton.

Terjemahan oleh FATIN AWANIS AHMAD TAJUDDIN SOBRI

IBDE (Cetakan pertama, 2018)
228 halaman

RM30.00

In stock

ISBN: 9789671549766 Product ID: 3259 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Zadig, Micromegas, Candide: Tiga Cerita Falsafah merupakan kisah satira yang ditulis oleh Voltaire sebagai parodi, antaranya untuk menyindir institusi pemerintahan, raja-raja dan keagamaan ketika zamannya. Terdapat tiga watak utama yang diwujudkan dalam satira ini iaitu Zadig, Micromegas dan Candide. Dan kesemua watak ini mempunyai kisah-kisah yang tersendiri dan penuh dengan unsur sindiran dan kritikan.

Antara pendekatannya melalui satira-satira ini ialah dengan menampilkan sebuah pengembaraan aneh watak-wataknya, dan dalam masa yang sama menyampaikan kritikan-kritikan yang dihalakan ke beberapa penjuru sosial dan budaya masyarakat sekali gus. Misalnya dalam watak Zadig dalam bab pendengki menunjukkan kejahatan raja dalam menjatuhkan hukuman kerana Raja dikritik dan disindir melalui sebuah bait sajak yang ditulis oleh Zadig.

Dari satu sisi, Voltaire juga menganjurkan penyisihan terhadap falsafah optimism – seperti yang ditunjukkan dalam Candide – dalam usahanya untuk menggalakkan lingkungan masyarakat sekeliling bersama-sama memainkan peranan dalam memperbaiki keadaan mereka sendiri. Voltaire sempat dipenjarakan beberapa kali dan dibuang negeri kerana tulisan-tulisannya yang mencabar status quo.

Zadig

1. Mata yang Buta
2. Hidung
3. Anjing dan Kuda
4. Pendengki
5. Kerana Murah Hati
6. Hakim yang Adil
7. Kerana Cemburu
8. Isteri yang Dianiaya
9. Perhambaan
10. Pengebumian
11. Makan Malam
12. Pertemuan Semula
13. Penjarah
14. Nelayan
15. Basilisk
16. Sayembara
17. Pertapa
18. Teka-teki

Micromegas

1. Perjalanan Seorang Penghuni Sirius Ke Planet Zuhal
2. Perbualan Antara Penduduk Sirius Dan Zuhal
3. Pengembaraan Dua Penduduk Dari Sirius Dan Zuhal
4. Apa Yang Berlaku Di Planet Bumi
5. Penyelidikan Dan Rumusan Oleh Dua Pengembara Asing
6. Apa Yang Berlaku Kepada Manusia
7. Perbualan Dengan Manusia

Candide

1. Bagaimana Candide Dibesarkan Di Dalam Sebuah Istana Indah Dan Bagaimana Dia Dihalau Keluar Dari Situ
2. Apa Yang Berlaku Kepada Candide Dalam Kalangan Orang-Orang Bulgaria
3. Bagaimana Candide Diselamatkan Daripada Orang Bulgaria Dan Apa Yang Berlaku Kepadanya Setelah Itu
4. Bagaimana Candide Menemui Kembali Bekas Guru Falsafahnya, Doktor Pangloss, Dan Apa Yang Berlaku Kepadanya
5. Ribut, Kapal Karam, Gempa Bumi, Dan Apa Yang Berlaku Kepada Doktor Pangloss, Candide Dan Anabaptis Jacques
6. Bagaimana Orang Portugis Mencipta Auto-Da-Fé Untuk Menghalang Gempa Bumi Daripada Berlaku, Dan Bagaimana Candide Menjalani Hukuman Tersebut Secara Terbuka
7. Bagaimana Seorang Wanita Tua Menjaga Candide Dan Bagaimana Dia Menemui Apa Yang Dia Sukai
8. Cerita Cunégonde
9. Apa Yang Berlaku Kepada Cunégonde, Candide, Ketua Paderi Dan Si Yahudi
10. Bagaimana Candide, Cunegonde Dan Wanita Tua Tiba Di Cadiz, Serta Perjalanan Mereka
11. Cerita Si Wanita Tua
12. Kesengsaraan Wanita Tua Berterusan
13. Bagaimana Candide Perlu Berpisah Dari Cunégonde Dan Wanita Tua
14. Bagaimana Candide Dan Cacambo Diterima Di Rumah Jesuit Di Paraguay
15. Bagaimana Candide Membunuh Saudara Lelaki Cunégonde
16. Apa Yang Berlaku Kepada Dua Pengembara Dengan Dua Orang Gadis, Dua Ekor Monyet Dan Orang-Orang Gasar Yang Dipanggil Orejanos
17. Ketibaan Candide Dan Pembantunya Di Negara Eldorado, Dan Apa Yang Telah Berlaku Kepada Mereka
18. Apa Yang Dilihat Di Dalam Negara Eldorado
19. Belas Apa Yang Berlaku Pada Mereka Di Surinam Dan Bagaimana Candide Mengenali Martin
20. Apa Yang Berlaku Kepada Candide Dan Martin Di Laut
21. Candide Dan Martin Mendekati Teluk Perancis Dan Berhujah
22. Apa Yang Berlaku Terhadap Candide Dan Martin Di Perancis
23. Candide Dan Martin Ke Pantai Inggeris; Apa Yang Dilihat Mereka Di Sana
24. Paquette Dan Saudara Giroflée
25. Melawat Senator Pococuranté, Bangsawan Venice
26. Makan Malam Di Antara Candide Dan Martin Bersama Enam Orang Pendatang Asing, Dan Apa Yang Telah Berlaku
27. Pengembaraan Candide Ke Constantinople
28. Apa Yang Berlaku Kepada Candide, Cunégonde, Pangloss, Martin Dan Lain-Lain
29. Bagaimana Candide Menemui Cunégonde Dan Wanita Tua
30. Penamat

Weight0.327 kg
Dimensions22.8 × 15 × 1.7 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Mukhlis

    It’s really an amazing story

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.