Out of stock

Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera

NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN adalah Profesor Emeritus, ahli arkeologi dan sejarawan ulung di Malaysia. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana (1976) dan Ph.D. (1984) di University of London. Beliau juga Yang Dipertua Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia sejak awal penubuhannya sehingga 2017. Penyelidikan beliau lebih banyak mengkhusus kepada arkeologi dan warisan Zaman Prasejarah sehingga Zaman Sejarah di alam Melayu. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penyelidikan yang khusus kepada objek budaya dan warisan serta pelancongan yang berasaskan warisan. Beliau telah menerbitkan puluhan buah buku sama ada hasil karyanya sendiri ataupun karya suntingan. Antara buku terbitan beliau termasuk Antiquities of Bujang Valley (1990), Arkeologi, Seni dan Kerajaan Kuno di Sumatera (1992), Warisan Lembah Bujang (1992), Beruas: Kerajaan Kuno di Perak (1994), Arkeologi Pra-lslam Pesisir Selat Melaka: Evolusi atau Migrasi (1999), Zaman Klasik Di Nusantara: Tumpuan Kajian Di Sumatera (2008) dan banyak lagi.

BAMBANG BUDI UTOMO

DBP (Cetakan Pertama 2008)
715 Muka Surat

RM60.00

Out of stock

Buku Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera merupakan hasil kajian semula tapak-tapak yang dilaporkan sebelum ini dan hasil mutakhir tentang arkeologi di Sumatera sejak tahun 1984. Tapak-tapak arkeologi yang dikunjungi dan dikaji hampir selama 20 tahun ini merupakan tapak-tapak yang terdapat di Provinsi Sumatera Utara (tapak Kota Cina dan Padanglawas), Provinsi Riau (tapak Candi Sintong, Sedinginan dan tapak Muara Takus), Provinsi Sumatera Barat (tapak Tanjung Medan, Tanah Datar, dan Dharmasraya), Provinsi Jambi (tapak-tapak di Batanghari dan anak-anak sungainya), Provinsi Sumatera Selatan (tapak Palembang, Tanah Abang, Jepara, Lesung Batu, Tingkip dan sebagainya) serta Provinsi Lampung (tapak Palas Pasemah dan Bungkuk).

Pada umumnya, buku ini akan memuatkan tentang tinggalan budaya zaman klasik yang terdapat di seluruh provinsi di Sumatera kecuali provinsi Nangroe Acheh Darussalam. Namun ini bukan bermakna Acheh tidak mempunyai tinggalan budaya Zaman Klasik Indonesia cuma kajian belum dijalankan memandangkan keadaan politik Acheh yang bergolak semasa penulisan buku ini dibuat. Antara tinggalan budaya dari Zaman Klasik yang ditemui di Acheh termasuklah kepala arca Awalokiteśwara dan prasasti berbahasa Tamil dari Banda Acheh.

Buku ini juga hanya akan menyentuh beberapa tinggalan budaya Zaman Klasik Indonesia yang terdapat di Provinsi Lampung. Tinggalan budaya yang dimaksudkan ialah arca yang tersimpan di Muzium Negeri Ruwa Jurai, Lampung dan prasasti yang ditemui di Palas Pasemah, Bungkuk dan Jabung kerana berkaitan dengan perbahasan tentang penyerangan Sriwijaya ke atas bhūmi jāwa. Berdasarkan senarai inventori tapak di Provinsi Lampung, terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah tapak dari zaman klasik yang mengandungi arca, prasasti, seramik, tembikar dan manik-manik kaca atau batu.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.961 kg
Dimensions 14.3 × 4.0 × 21.6 cm
Edition

Format

ISBN

9789836299871

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.