A. Wahab Ali

A. Wahab Ali dilahirkan pada 2 Mac 1941 di Kampung Sungai Kembung, Bangi, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal dari beberapa buah sekolah, iaitu Sekolah Melayu Bangi, Sekolah Melayu Pulau Meranti, Sekolah Melayu Puchong dan Sekolah Melayu Beranang hingga tamat darjah lapan. Beliau melanjutkan pengajian peringkat PhD di Australia National University pada tahun 1983. A. Wahab Ali mula menulis pada tahun 1950-an. Beliau menghasilkan pelbagai bentuk penulisan termasuk cerita kanak-kanak, esei, puisi, cerpen dan novel. Beliau lebih menyerlah dalam bidang perpuisian.

Pada peringkat awal puisi beliau dalam antologi Laungan, misalnya merupakan karya yang dicipta ketika masih remaja dan keremajaan itulah yang menjelma dalam karya awalnya. Kumpulan puisinya, Penemuan (1975) memuatkan ciptaan beliau selepas kunjungannya dalam Kongres Kedua Penyair Sedunia di Taipei pada tahun 1973. Beliau juga turut menulis dua buah novel, iaitu Angin Hitam (1968) dan Pemburu (1968) yang memperlihatkan bakat penulisan yang ada pada dirinya. Di samping novel, beliau telah menghasilkan kumpulan cerpen Daerah Pengalaman (1979). A. Wahab Ali menerima Anugerah S.E.A. Write pada tahun 1994.

  • Penemuan: Antologi Sajak 1973 dan 1974

    Penemuan

    RM12.00