Ahmad Fadzli Yassin
Ahmad Fadzli Yassin, atau lebih dikenali dengan nama penanya A.F. Yassin, dilahirkan pada tahun 1945 di Kampung Gadong, Kota, Negeri Sembilan. Mendapat didikan rendah di Sekolah Melayu Kota, didikan menengah di Sekolah Menengah Tuanku Besar Tampin dan Englisb College Johor Bahru. Memperolehi ijazah Sarjana Komunikasi dari Bandung, Indonesia. Beliau pernah bertugas sebagai wartawan dengan Berita Harian, kemudian berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, dan menjadi pengarah penerbitan di Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kini beliau telah bersara. Bidang penulisan beliau ialah esei dan cerpen. Antara buku yang telah dihasilkannya ialah Etika dan Wartawan dan Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan, serta beberapa kumpulan cerpen Nyiur Bertuah Nyiur Celaka dan Kuala Lumpur.