Ahmad Hidayat Buang

Ahmad Hidayat Buang adalah Profesor Kehormat di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dalam pengkhususan Undang-undang Mualamat dan Kehartaan Islam serta isu-isu semasa fatwa dan Mahkamah Syariah di Malaysia. Mula berkhidmat di Universiti Malaya dari tahun 1987 sehingga bersara pada September 2022. Menulis buku dan artikel akademik di jurnal dan membentang kertas kerja sama ada di dalam dan di luar negara. Bekas Pengerusi dan ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad dari 2011-2023 dan MNRB dari 2004-2021. Pada masa kini Pengerusi Majlis Penasihat Syariah ARB dan ahli jawatankuasa Syariah HSBC Amanah. Seorang peguam syarie bertauliah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dari tahun 1999-2021. Menjadi pensyarah pelawat dan felo akademik di New Zealand (2001), United Kingdom (2005), Amerika Syarikat (2011), Turkiye (2016), Jepun (2016) dan Indonesia (2026). Memegang jawatan sebagai ketua Jabatan Syariah dan Undang-undang, APIUM 1997-1999 dan 2016-2018, Timbalan Pengarah Pembangunan, APIUM 2005-2006 dan Pengarah Akademi Pengajian Islam 2006-2011.

  • Undang-undang Islam Malaysia dan Indonesia: Kesatuan dalam Kepelbagaian

    Undang-undang Islam Malaysia dan Indonesia: Kesatuan dalam Kepelbagaian

    RM86.00