Aiza Maslan @ Baharudin

Aiza Maslan @ Baharudin merupakan pensyarah kanan di Bahagian Falsafah dan Tamadun, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah sejarah dan tamadun Islam, sejarah sosiobudaya dan pensejarahan Malaysia. Penyelidikan beliau banyak memfokuskan tentang sejarah haji orang Melayu dan penghijrahan masyarakat Banjar.