Aminah Mokhtar
Aminah Mokhtar lahir di Muar Johor dan merupakan pesara jururawat Pusat Perubatan Universiti Malaya. Beliau telah menghasilkan 300 skrip drama radio, sebuah skrip drama televisyen, 20 buah novel, 130 buah cerpen dan ratusan puisi. Beliau pernah memenangi pelbagai anugerah sastera. Antaranya, Cerpen Esso Gapena, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Anugerah Sri Angkasa, Hadiah Novel Sako, Hadiah Sastera Darul Takzim untuk kategori novel, cerpen, puisi, skrip drama radio, dan skrip drama televisyen. Hadiah Sastera Utusan-Public Bank dan Exxon Mobil untuk cerpen dan puisi. Hadiah Novel Alaf 21, Hadiah Novel Citra Malaysia, Hadiah Novel Remaja Utusan, Sayembara Novel Remaja NST, dan Sasterawan Johor 2021.
Beliau juga menjadi penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN). Kini beliau menjadi pembimbing penulisan cerpen, novel dan drama radio selain menjadi juri sayembara novel, cerpen dan drama radio. Aminah Mokhtar menerima Anugerah S.E.A. Write pada tahun 2020.


