Azah Aziz
Azah Aziz, atau nama sebenarnya Sharifah Azah Syed Mohd Alsagoff dilahirkan pada 21 Ogos 1928. Beliau adalah tokoh budayawan Malaysia yang telah berjaya mempopularkan pakaian tradisional Melayu melalui ceramah, seminar dan pertunjukan pakaian kepada masyarakat setempat dan antarabangsa. Beliau juga banyak menghasilkan rencana berkaitan budaya dan seni yang diterbitkan dalam majalah tempatan seperti Wanita dan Jelita. Azah Aziz adalah seorang wartawan yang dikenali pada tahun 1950-an semasa bertugas dengan Berita Harian (16 tahun) dan Utusan Melayu (4 tahun). Selepas berhenti dari Utusan Melayu, beliau bergerak sebagai penulis bebas dan telah menghasilkan lebih daripada sepuluh buah buku.


