Azizi Haji Abdullah

Azizi Haji Abdullah lahir di Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah pada tahun 1942. Beliau yang menerima pendidikan Melayu dan agama, pernah bertugas sebagai guru di Kulim, Kedah. Azizi yang mula menulis pada tahun 1960-an, berkarya dalam pelbagai genre termasuklah sajak, cerpen, novel, kritikan serta drama pentas, televisyen dan radio. Cerpen beliau pernah beberapa kali memenangi Hadiah Karya Sastera, manakala novel beliau yang berjudul Senja Belum Berakhir memenangi Hadiah Karya Sastera 1971. Beliau merupakan penerima S.E.A. Write Award 1988.