Edward Said
Edward Said berkhidmat sebagai profesor Bahasa Inggeris dan Kesusasteraan Bandingan di Columbia University. Beliau lahir di Baitulmuqaddis, Palestin pada 1935. Beliau mendapat pendidikan awal di sana dan di Kaherah, Mesir. Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Sastera di Princeton University, dan kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dan PhD daripada Harvard University. Beliau seorang penulis yang prolifik. Antara buku beliau yang terkenal termasuklah Orientalism (1978), The Question of Palestine (1979), Covering Islam (1981), After the Last Sky (1986), Culture and Imperialism (1993), The Politics of Dispossession (1994), Representations of the Intellectual (1994), serta banyak lagi buku dan makalah yang lain. Beliau meninggal dunia pada 2003.