Frederick Spencer Chapman

Frederick Spencer Chapman lahir pada tahun 1907. Dia mempelajari Bahasa Inggeris dan Sejarah di Cambridge. Selain menyertai penjelajahan ke Greenland dan Himalaya, Chapman merupakan manusia pertama yang menjejakkan kaki di Chomolhari pada tahun 1937. Dia merupakan guru asrama di Gordonstoun ketika Perang Dunia Kedua pecah pada tahun 1939. Selepas peristiwa Dunkirk, dia ditugaskan di Sekolah Latihan Khas (SLK 101) sebagai komando pelatih.

Pada bulan September 1941, dia dihantar bertugas ke Malaya untuk mengatur penentangan rakyat tempatan terhadap pencerobohan rakus tentera Jepun. Inilah titik mula kerjayanya sebagai pakar percaturan perang gerila. Empat tahun penuh ranjau dan duri yang dilaluinya ketika hidup di hutan belantara bersama Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun menjadi inti cerita utama buku The Jungle is Neutral.

Pada penghujung perang, dia merupakan Pegawai Hal Ehwal Am di Malaya sehingga menerima pelepasan pada tahun 1946. Selepas itu, dia kembali dengan kegiatan pendidikan—dia menjadi Setiausaha Kerja Outward Bound Trust selama setahun sebelum kembali menjadi guru dan menjabat jawatan pengetua. F. Spencer Chapman meninggal dunia pada tahun 1971.

  • Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya
    Out of stock

    Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya

    RM80.00