Fyodor Dostoevsky

Fyodor Dostoevsky (1821-1881) mendapat pendidikan di Moscow dan di School of Military Engineers di St. Petersburg selama empat tahun. Pada 1844, beliau meninggalkan perkhidmatan tentera dan menumpukan perhatian pada bidang kesusasteraan. Pada 1846, beliau menulis novelnya yang pertama yang serta-merta mendapat kejayaan penting dan popular. Ketika berusia 27 tahun, beliau ditahan kerana menyertai sebuah kumpulan sosialis dan dijatuhi hukuman mati, tetapi pada saat-saat akhir, hukuman tersebut diringankan kepada hukuman penjara di Siberia. Pada tahun 1859, beliau diberikan pengampunan penuh dan dibenarkan pulang ke St. Petersburg. Dalam tempoh 14 tahun sebelum kematiannya, Dostoyevsky mengarang beberapa karya terbaik beliau, termasuk Crime and Punishment (1866), The Idiot (1869), dan The Possessed (1872).