Ibn Ṭufayl
Ibn Ṭufayl (496-581 Hijrah / 1100-1185 Masihi) adalah seorang ilmuwan yang pakar dalam pelbagai bidang terutamanya falsafah dan perubatan. Beliau merupakan guru kepada Ibnu Rusyd yang mengarang Tahafut al-Tahafut dan Fasl al-Maqal. Karya Ibnu Tufail yang terkenal sehingga kini ialah Risalah Ḥayy ibn Yaqẓān. Selain itu, beliau turut mengarang sebuah syair berkaitan perubatan yang memperihalkan apa-apa penyakit yang ada pada badan manusia bermula dari kepala hingga ke kaki. Syair ini mempunyai sekitar 7,700 bait.