Jamaidah Yahya

Jamaidah Yahya berasal dari Kampung Lalang Mesapol, Sipitang, Sabah. Beliau yang berbangsa Kadayan dilahirkan pada 10 Oktober 1961. Beliau mendapat pendidikan awal di Sipitang dan seterusnya menyambung persekolahan tingkatan enam di Sekolah Menengah Kebangsaan Majakir, Papar, Sabah. Beliau pernah bberkhidmatsebagai Ketua Pembantu Perpustakaan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu dari tahun 1996 hingga 2017, iaitu selama 21 tahun. Sebelum itu, belian bertugas di Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia Cawangan Sabah, Kota Kinabalu dari tahun 1982 hingga 1995. Pada 2016, beliau dianugerahkan pingat Bintang Kinabalu (BK) dalam majlis istiadat pengurniaan bintang dan pingat di Istana Negeri Kota Kinabalu sempena hari lahir Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Haji Mahiruddin. Antara buku beliau adalah Di Ambang Persaraan (UMS, 2017).

  • Rumah Tradisi Kadayan

    Rumah Tradisi Kadayan

    RM35.00