Kemala

Ahmad Khamal Abdullah, atau lebih dikenali dengan nama pena Kemala memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dan ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia, dan ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah bertugas sebagai guru, dan Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini beliau telah bersara, dan menjadi Presiden Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia. Bidang penulisan beliau ialah puisi, cerpen dan drama pentas. Antara kumpulan puisi beliau ialah Timbang Terima, Era, Ayn, Pelabuhan Putih dan Mim.

  • Mata, Rumah dan Merpati: Kumpulan Cerpen
    Out of stock

    Mata, Rumah dan Merpati: Kumpulan Cerpen

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page Price range: RM22.00 through RM27.00