Mana Sikana

Mana Sikana (atau nama sebenarnya Abdul Rahman Hanapiah) merupakan pengarang anak Perak yang kedua diiktiraf sebagai Sasterawan Perak selepas Suhaimi Haji Muhammad. Beliau berasal dari Bagan Serai berketurunan Banjar, dilahirkan pada 9 Oktober 1945. Pada tahun 1973 Mana Sikana lulus penuh Sijil Tinggi Persekolahan yang melayakkan beliau menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia sekitar 1974-1978 atas pembiayaan biasiswa UKM dan berjaya meraih Sarjana Muda Persuratan Kelas Pertama. Kemudian beliau meneruskan pendidikan sarjana (1980-1981) dan menerima ijazah doktor falsafah (PhD) pada tahun 1991.

Mana Sikana menulis dalam banyak genre sastera kreatif serta kertas penyelidikan tentang kesusasteraan Melayu moden. Selaku pengarang dan pengkaji, Mana Sikana seorang pengkarya yang prolifik, tepu dengan falsafah dan pemikiran kontemporari dalam karya-karya kreatif yang dihasilkan.

Antara karya beliau ialah empat kumpulan cerpen berjudul Santau (1982), Jejak Yang Hilang (1984), Abzyx (1986) dan Nusia (2002). Bagi drama telah terhasil kumpulan berjudul Apa-Apa (1982), Tok Awang (1984) dan Hikmah (1998). Antara novel yang dihasilkannya ialah Ronjang (1984), Kesesatan (1987), Klimak (1989) dan Syajar (1996).

Mana Sikana banyak menghasilkan buku kajian sastera, antaranya; Teras Sastera Melayu Moden (1982), Esei-esei Kesusasteraan (1983), Kritikan Sastera: Kaedah dan Aplikasi (1986), Di Sekitar Pemikiran Drama Moden (1989), Teori Sastera Moden (1990), Drama Melayu Moden (1996), Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme (1998), Sastera Pascamodenisme Melayu (2002) dan Teori dan Kritikan Sastera (2002).

Jumlah keseluruhan buku yang telah dihasilkan oleh Mana Sikana melebihi 100 buah.

  • Ensiklopedia Sastera Melayu

    Ensiklopedia Sastera Melayu

    RM170.00
  • Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden

    Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pascamoden

    RM35.00
  • Penulisan Akademik Sastera

    Penulisan Akademik Sastera

    RM25.00
  • Teori dan Kritikan Sastera: Penilaian dan Wacana

    Teori dan Kritikan Sastera: Penilaian dan Wacana

    RM33.00
  • Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan

    Drama dalam Penskripan, Pementasan dan Kritikan

    RM30.00
  • Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999

    Kesusasteraan Melayu Moden, 1990-1999

    RM65.00
  • Sasterawan Negara Noordin Hassan: Anak Tanjung Pejuang Seni
    Out of stock

    Sasterawan Negara Noordin Hassan: Anak Tanjung Pejuang Seni

    RM18.00
  • Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh: Pencari dan Pemikir

    Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh: Pencari dan Pemikir

    RM18.00