Mohamad Muzammil Mohamad Noor

Mohamad Muzammil Mohamad Noor merupakan seorang pensyarah kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sejarah, pengkhususan Sejarah Politik Malaysia/Indonesia, Pemikiran Islam dan Tamadun. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman, dan merupakan anak bongsu daripada lapan bersaudara. Beliau dikurniakan ijazah pertama dan kedua dari Universiti Sains Malaysia manakala ijazah Doktor Falsafahnya pula dari Universiti Malaya. Antara karya beliau yang pernah diterbitkan ialah Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1949-1960 terbitan Penerbit Universiti Malaya (2012) dan Burhanuddin al-Helmi; Pemikiran dan Perjuangan (2013). Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan di Kementerian Penerangan Malaysia sebelum bertugas sebagai ahli akademik di USM. Beliau juga merupakan ahli seumur hidup dalam Persatuan Sejarah Malaysia serta cawangannya di Kedah.

  • Pemikir Politik Islam Alam Melayu di Malaysia

    Pemikir Politik Islam Alam Melayu di Malaysia

    RM56.00
  • Pemikiran Politik Islam: Perbandingan antara Pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi dengan Muhammad Natsir

    Pemikiran Politik Islam: Perbandingan antara Pemikiran Dr. Burhanuddin al-Helmi dengan Muhammad Natsir

    RM40.00
  • Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1940-1960
    Out of stock

    Guru Melayu dan Politik di Kedah, 1940-1960

    RM46.00