Mohammad Alinor Abdul Kadir
Mohammad Alinor Abdul Kadir merupakan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Pengerusi (Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM). Beliau memegang PhD dalam bidang Matematik Tulen (Teori Kategori) dari University of Wales, Bangor pada tahun 2000. Minat beliau ialah dalam penyelidikan dalam falsafah, matematik, sains dan teknologi tamadun Melayu, dan pelbagai tamadun dunia.