Mohammad Firdaus Zainal

Mohammad Firdaus Zainal merupakan anak kelahiran Kuala Selangor. Latar belakang pendidikan beliau ialah Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) dari Universiti Sains Malaysia dan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Sains Pentadbiran di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Tesis sarjana beliau memfokuskan kepada perjuangan DAP dalam mewakili kaum Cina bagi menuntut pengiktirafan di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di Pejabat Perisikan Tentera, 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Kementerian Pertahanan Malaysia. Penugasan beliau di sini meliputi ketenteraman awam dan politik semasa.

Beliau kemudian beralih profesion sebagai Senior Executive di HW21 IT Solution, sebuah syarikat di bawah kendalian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Beliau bertanggungjawab menyediakan laporan analisis perkembangan politik semasa di samping melakukan penyelidikan politik. Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, beliau mengundurkan diri penyelidikan politik dan beralih kepada dunia penulisan.

Antara buku yang pernah dihasilkan ialah Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun (SIRD, 2021); Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu (ILHAM Books, 2022) dan Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan (ILHAM Books, 2023).

  • Idealis: Syed Hamid Albar

    Idealis: Syed Hamid Albar

    RM55.00
  • Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

    Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

    RM48.00
  • Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan

    Isothymia Politik Cina: Perjuangan Orang Cina Menuntut Kesaksamaan

    RM48.00
  • Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu

    Megalothymia Politik Ketuanan Melayu: Perjuangan Orang Melayu Mencari Ketuanan Melayu

    RM45.00
  • Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

    RM30.00