Mohd Affendi Mohd Shafri

Mohd Affendi Mohd Shafri bertugas sebagai Profesor Madya di Jabatan Bioperubatan, Kulliyyah Kesihatan Bersekutu, International Islamic University Malaysia, Kuantan sejak 2006. Beliau menamatkan PhD di dalam bidang Neurofisiologi pada tahun 2012. Penyelidikannya terhadap korpus perubatan Melayu telah bermula sebelum 2010. Beliau telah mula mengadakan kelas-kelas pembacaan dan seminar manuskrip perubatan Melayu di IIUM Kuantan pada 2010. Beliau telah menerima dana antarabangsa daripada The Islamic Manuscript Association (TIMA) bersama-sama Penyelidik II pada tahun 2014-2015 untuk mengkaji sebuah manuskrip perubatan dari Aceh. Sejak itu, beliau mengusahakan beberapa penerbitan berdasarkan manuskrip perubatan Melayu Faṭānī-Makkah, Kepulauan Riau dan Pontianak, serta mempengerusikan sekretariat penganjur Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu pada tahun 2015 dan 2018. Selain itu, beliau telah melakukan pembentangan di persidangan antarabangsa dan tempatan yang berkaitan dengan manuskrip perubatan Melayu dan pembangunan ubatan. Mulai 2019, beliau dilantik oleh International Islamic University Malaysia mengetuai kumpulan penyelidikan manuskrip perubatan Melayu yang dipanggil IIUM Flagship Project on Malay Medical Manuscripts (HIKAM).

  • Kitāb Perubatan Melayu: Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān (Pembukaan Mata Hati pada Bicara Mengubati)

    Kitāb Perubatan Melayu: Ṭayyib al-Iḥsān fī Ṭibb al-Insān (Pembukaan Mata Hati pada Bicara Mengubati)

    RM55.00
  • Kitāb Perubatan Melayu: Kebun Segala Raja-Raja (Bab VII, Bustān al-Salāṭīn)
    Out of stock

    Kitāb Perubatan Melayu: Kebun Segala Raja-Raja (Bab VII, Bustān al-Salāṭīn)

    RM45.00
  • Malay Medical Manuscripts: Heritage From the Garden of Healing

    Malay Medical Manuscripts: Heritage From the Garden of Healing

    RM35.00
  • Kitāb Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat

    Kitāb Perubatan Melayu: Rumah Ubat di Pulau Penyengat

    RM35.00
  • Kitāb Perubatan Melayu: Sari Segala Ubat, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Pontianak

    Sari Segala Ubat, Ṭabīb Diraja Kesulṭānan Pontianak: Kitāb Perubatan Melayu

    RM45.00
  • Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu

    Panduan Mengkaji Manuskrip Perubatan Melayu

    RM25.00
  • Sudah Gaharu Cendana Pula: Sakit, Tabib dan Ubat dalam Persuratan Melayu
    Out of stock

    Sudah Gaharu Cendana Pula: Sakit, Tabib dan Ubat dalam Persuratan Melayu

    RM45.00
  • Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu
    Out of stock

    Manuskrip Perubatan Melayu: Warithan Kebitaraan Melayu

    RM35.00