Muhaimin Sulam

Muhaimin Sulam menjadi pensyarah di universiti tempatan yang mengajar hubungan etnik, sains politik dan geopolitik. Menjadi kolumnis di Malaysiakini, Malaysia Dateline dan NextStep Malaysia. Pernah menjadi kolumnis di Harakah dan Siasah suatu ketika dahulu. Beliau juga adalah bekas Ahli Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka. Bidang beliau ialah dalam sejarah dan antropologi tempatan, politik, media, manuskrip Melayu klasik dan kebudayaan Nusantara.

Mendapat PhD dalam bidang kepimpinan politik Islam di University of Wales Trinity St Davies, United Kingdom. Antara karya-karyanya ialah Ustaz Sulam: Sebuah Portret Ulama Kampung (2023), Menang & Terbuang: Demokrasi, ‘Deep State’ dan Darurat (2022), Akar Bangsa: Budaya, Naratif dan Identiti (2019), Sajak-Sajak Terlarang (2015), Aku Melayu di Kota Inggeris (2012), Mat Indera: Petualang atau Pejuang (2012), Diari Lokap Black 14 (2000) dan lain-lain lagi.

  • Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi

    Mat Indera: Antara Identiti dan Ideologi

    RM45.00