Muhamad Takiyuddin Ismail
Muhamad Takiyuddin Ismail merupakan Profesor Madya dan Ketua Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau telah menulis dua belas buku termasuklah Projek Pascaetnik: Melayu dalam DAP (Penerbit UKM, 2018) dan buku yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019, Bantuan Demokrasi dan Pendanaan Asing di Malaysia: Melewati Pertukaran Rejim (Penerbit Universiti Malaya, 2019). Mempercayai yang tidak wujudnya sempadan untuk mana-mana pengkaji, beliau mengambil keputusan menghasilkan karya luar bidang yang menjadi minat peribadi beliau iaitu mengenai muzik rock di Malaysia.