Nazri Muslim

Nazri Muslim adalah Profesor Madya dan Pensyarah di Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau ialah kajian etnik dan sosiologi perlembagaan. Penerbitan beliau terserlah melalui buku, jurnal, prosiding dan penulisan popular.

  • Sains Islam Menurut Perspektif Ilmuwan Melayu

    Sains Islam Menurut Perspektif Ilmuwan Melayu

    RM55.00
  • Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia (Edisi Kedua)
    Out of stock

    Islam dan Melayu dalam Perlembagaan: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia

    RM45.00
  • Sains dan Teknologi: Wahana Akal Budi Melayu

    Sains dan Teknologi: Wahana Akal Budi Melayu

    RM30.00
  • Sains di Alam Melayu

    Sains di Alam Melayu

    RM35.00
  • Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu. Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai. Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu. Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia. Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai teknologi di Alam Melayu.

    Teknologi di Alam Melayu

    RM45.00