Nazrin Shah

Diputerakan pada 27 November 1956, Raja (Sultan) Nazrin Shah memulai alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan dan di Sekolah St. John Kuala Lumpur; selepas itu baginda berangkat mengikuti pengajian peringkat menengah di The Leys School, Cambridge, United Kingdom. Baginda mengikuti pengajian tinggi di University of Oxford, dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi. Setelah menamatkan pengajian ijazah pertama, baginda berkhidmat sebagai eksekutif pentadbiran di Petronas (1979-1983). Baginda kemudian memilih meneruskan pengajian peringkat pascaijazah dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana daripada The Kennedy School of Government, Harvard University. Baginda terpaksa menangguhkan pengajian peringkat Doktor Falsafah kerana diperlukan kembali ke tanah air untuk menyempurnakan tugas Pemangku Raja Perak (1989-1994), sewaktu ayahanda baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Muhibbuddin Shah bersemayam sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX.

Sebaik Sultan Azlan Shah kembali ke takhta Kerajaan Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah menyambung penyelidikan dan penulisan tesis hingga berjaya dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang politik, ekonomi dan kerajaan dari Harvard University. Baginda dimasyhurkan sebagai Raja Kechil Besar Perak pada 16 Februari 1984, sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987, sebagai Sultan Perak XXXV pada 29 Mei 2014 dan ditabalkan pada 6 Mei 2015.

  • Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

    Siri Titah Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

    RM85.00
  • Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State
    Out of stock

    Striving for Inclusive Development: From Pangkor to a Modern Malaysian State

    RM149.00
  • Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian Contrasts
    Out of stock

    Charting the Economy: Early 20th Century Malaya and Contemporary Malaysian Contrasts

    RM99.00