Nur Adilla
Nur Adilla, penulis berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang. Adilla merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Politik dan Undang-Undang, Kemasyarakatan & Keadilan di University of Washington, Seattle, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Pengajian Gender di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Rencam kerjayanya dalam sektor polisi dan dasar awam, organisasi nirlaba antarabangsa, korporat dan sebagai diplomat memperkaya latar cerita dan tulisan terbarunya.
Merupakan mantan Minggu Penulis Remaja 2009, Nur Adilla pernah mewakili Malaysia ke Bengkel Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) bagi kategori cerpen. Tulisannya pernah tersiar di pelbagai media seperti Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tunas Cipta, Utusan Malaysia, Berita Harian dan majalah dan portal budaya & sastera di Brunei, Singapura dan Jepun.
Adilla juga pernah memenangi beberapa anugerah sastera seperti Anugerah Sastera Negeri Pulau Pinang (Kategori Cerpen), Cerpen Terbaik Malaysia anjuran FIXI & Pesta Buku Putrajaya dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU). Terbaharu, dia dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sasterawan Harapan Negeri Pulau Pinang 2023.
Adilla baru sahaja memulakan pengajian Doktor Falsafah di Universiti Waseda dan kini menetap di Tokyo, Jepun.