Rahman Shaari

Rahman Shaari dilahirkan di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis, pada 5 September 1949. Persekolahan awal beliau ialah di Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dan Sekolah Kebangsaan Oran, Perlis. Kemudian, beliau belajar di Sekolah Derma, Kangar, hingga Tingkatan 3. Seterusnya, beliau memasuki Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, dalam aliran sains, pada tahun 1965-1968. Rahman Shaari mengambil kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim pada tahun 1970-1971. Pada tahun 1973-1976, beliau memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia, dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Persuratan. Setelah menjadi guru dan pegawai pelajaran beberapa tahun, beliau memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia semula pada tahun 1983 hingga mendapat Ijazah Sarjana Persuratan. Pada tahun 1988, beliau menjadi Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, kemudian dinaikkan pangkat sebagai Profesor Madya pada tahun 1993. Beliau memperoleh jawatan Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya pada tahun 2003.

Beberapa buah sajak Rahman Shaari memenangi Hadiah Sastera Perdana pada tahun 1976, 1982, 1986 dan 2003. Beliau menerima S.E.A. Write Award daripada Kerajaan Thailand pada tahun 2007. Pada tahun 2013, beliau menerima Anugerah Darjah Kebesaran Dato’ Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) daripada Kerajaan Negeri Perlis. Beliau juga menerima Anugerah Penyair GAPENA pada tahun yang sama. Antara karya lain beliau adalah Mufarakah (1992), Melati dan Bahang (1994), Semoga Molek (2012), dan Penunggang Kenyataan(2015), manakala Cengkaman Hasrat antara novel mutakhirnya. Beliau menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 2022.

  • Cengkaman Hasrat

    Cengkaman Hasrat

    RM30.00
  • Permata Puisi: Kumpulan Esei

    Permata Puisi: Kumpulan Esei

    RM20.00
  • Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi

    Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi

    RM65.00