Ruzman Md Noor
Ruzman Md Noor ialah Profesor Madya di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti Malaya, Ijazah Sarjana Undang-Undang Perbandingan dan PhD dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau berkepakaran dalam bidang kehakiman Islam, undang-undang keterangan Islam dan hukum antarabangsa Islam.