Salmi Manja

Salmi Manja merupakan nama pena Saleha Abdul Rashid yang lahir di Singapura pada tanggal 24 Julai 1937. Selain Salmi Manja, beliau turut menggunakan nama pena seperti Melati Desa dan Rashidah Salleh. Gelaran Salmi Manja diberikan oleh Usman Awang yang bermaksud “namaku Manja” dalam Utusan Malaysia pada 4 Februari 1994. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Inggeris Tong Chal, Tanjung Katong, Singapura. Selepas menamatkan pelajaran, beliau bertugas sebagal guru di sekolahnya yang terdahulu, iaitu Sekolah Arab Darul Maarif, selain turut bergerak sebagal wartawan di akhbar Semenanjung.

Pada peringkat awal penulisannya, Salmi Manja banyak mengungkapkan tema kewanitaan dengan hukum Islam dalam karyanya. Kecenderungan terhadap menghasilkan karya berkaitan kehidupan dimulakan dengan penulisan novel sulungnya, iaitu Hari Mana Bulan Mana pada tahun 1960. Himpunan cerpennya ialah Daun-daun Berguguran bersama A. Samad Said yang membawa tema penderitaan dalam karya-karyanya. Setelah tidak lagi aktif menulis, Salmi Manja bekerja semula di majalah Keluarga dan kemudian majalah Nora dengan memantau ruangan sastera.