Shamsudin Othman

Shamsudin Othman dilahirkan di Tangkak, Johor pada 31 Julai 1966. Mendapat pendidikan awal di daerah kelahiran sebelum melanjutkan pelajaran di ITM (1985), Maktab Perguruan Lembah Pantai, Kuala Lumpur (1987-1989), Institut Bahasa, Kuala Lumpur (1994) dan Universiti Malaya (1997) sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) pada tahun 2000.

Beliau pernah menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) DBP pada tahun 1986 dan 1987, dan kini menjadi pembimbing MPR dalam bidang penulisan puisi. Pernah memenangi beberapa hadiah sastera peringkat kebangsaan, antaranya, Hadiah Puisi Remaja DBP (1986), Hadiah Cerpen Hari Guru Wilayah Persekutuan (1987), Hadiah Puisi Kedamaian Malaysia (1990), Hadiah Puisi Melaka 600 Tahun (1995), Hadiah Puisi Esso-GAPENA (1994, 1996 dan 2000), Hadiah Ketiga Cerpen Formula Malaysia kategori IPT (2000), Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil (2002, 2003), Hadiah Sastera Johor Darul Takzim III (2000), IV (2002), dan V (2005), Hadiah Utama Puisi Negarawan Tun Abdul Razak (2003), Hadiah Sastera Perdana (2002/2003) dan Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-XI (2003).

Pasca tahun 2000 lukisannya yang bertajuk Bumi Bertuah 1 meraih hadiah sagu hati Lukisan Pahang, sementara pada tahun 2001 lukisannya bertajuk Kembali ke Titik Mula telah meraih Hadiah Lukisan Bakat Muda Johor. Shamsudin Othman menerima Anugerah S.E.A. Write pada tahun 2019.

  • Taman Percakapan

    Taman Percakapan

    RM21.00
  • Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail
    Out of stock

    Wacana Sastera Sasterawan Negara Siti Zainon Ismail

    RM45.00