Siti Raihani Mohamed Saaid

Siti Raihani Mohamed Saaid, atau seringkalinya dikenal dengan nama Raihani Mohd Saaid, merupakan puteri sulung kepada Sasterawan Negara Zurinah Hassan. Beliau mula menulis secara serius sejak tahun 1994 dalam genre puisi, cerpen, esei dan skrip. Karya-karya beliau pernah tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, InTrend, Eh! dan banyak lagi. Penghargaan yang pernah diterimanya dalam dunia sastera tanah air ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (kategori puisi-hadiah penghargaan), tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam 13 (kategori lirik), Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009,Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007, Hadiah Saguhati Pertandingan Menulis Novel Remaja DBP 2007, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, Hadiah Cerpen Esso-GAPENA 1997, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1995, Hadiah Sastera Siswa 1997 dan 1998 serta 3 siri pertandingan Penulisan Skrip Filem anjuran FINAS.

Beliau merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA) dalam bidang Penulisan dan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan. Selain menulis, beliau turut boleh dipanggil untuk mengendalikan bengkel drama untuk remaja, kerja-kerja terjemahan dan voice over. Karya persendirian yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku ialah kumpulan cerpen Badrul Bambi dan kumpulan sajak Terminus A Quo (terbitan Rumah Buku Rania) serta novel Dari QM Ke DM (terbitan DBP). Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam bidang kajian filem P. Ramlee.

  • Suara: Nusa dalam Filem-filem Seniman Agung

    Suara: Nusa dalam Filem-filem Seniman Agung

    RM28.00
  • Layar Kata: Pertalian Sastera dan Filem

    Layar Kata: Pertalian Sastera dan Filem

    RM48.00