Syed Ahmad Fathi

Syed Ahmad Fathi lahir di Kuala Lumpur pada 1 Oktober 1990. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Ibnu Kathir, Gombak dan kemudian menyambung persekolahan di peringkat menengah di Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis. Beliau kemudian menyambung pengajian di peringkat pra-universiti di UniKL MIAT. Pada tahun 2013, beliau menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan marin di Sankt-Peterburgskiy Gosudarstvennyy Morskoy Tekhnicheskiy Universitet, Russia. Beliau juga mempunyai diploma lanjutan bersama Institute of Chartered Shipbrokers, United Kingdom dan lulus peperiksaan profesional dengan institut yang sama pada tahun 2020. Beliau kini menyambung pengajian di peringkat sarjana dalam bidang sejarah di Universiti Sains Malaysia. Buku beliau pernah terpilih dalam senarai 50 judul buku terbaik oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia pada tahun 2021.