Syed Husin Ali

Syed Husin Ali lahir di Batu Pahat, Johor, pada 23 September 1936. Pada tahun 1990, beliau dipilih sebagai Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Berikutan pemilihan tersebut beliau digesa supaya meletakkan jawatannya sebagai Professor di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya. Beliau bersara secara pilihan selepas berkhidmat di universiti itu selama lebih daripada 28 tahun. Apabila PRM dan Parti Keadilan Nasional (keADILan) bergabung untuk menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 34 Ogos 2003, beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden. Beliau berundur daripada jawatan itu pada tahun 2010. Selaku aktivis sosial, beliau melibatkan dirinya dalam pelbagai aktiviti untuk memperjuang hak asasi manusia, khususnya berkaitan tahanan di bawah ISA dan perumahan untuk peneroka bandar. Syed Husin sendiri pernah ditahan tanpa bicara di bawah ISA selama enam tahun (1974-1980) berikutan tunjuk perasaan petani-petani di Baling dan pelajar-pelajar di Kuala Lumpur. Beliau menjadi ahli Dewan Negara, mewakili Selangor (2009-2015).

Syed Husin menulis dan menyunting hampir 20 buah buku; menyediakan lebih daripada 100 buah kertas untuk jurnal dan persidangan di dalam serta luar negara dan artikel untuk media tempatan. Beliau terlibat sebagai pakar untuk Universiti Bangsa-bangsa Bersatu dan UNESCO, serta menyediakan laporan-laporan penilaian ke atas gerakan-gerakan pekerja dan wanita untuk badan-badan antarabangsa. Antara karya terpilih Syed Husin Ali ialah Social Stratification in Kampung Bagan (JMBRAS, 1962); Apa Erti Pembangunan (DBP, 1979); Malay Peasant Society and Leadership (OUP, 1975); The Malays: Their Problems and Future (Heinemann Asia, 1982); Poverty and Landlessness in Kelantan (Verlag Breitenbach, 1983); Two Faces: Detention Without Trial (INSAN, 1996); Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan (1993); Memoir Perjuangan Politik Syed Husin Ali (SIRD, 2012); The Malay Rulers: Regression or Reform? (SIRD, 2013); Hubungan Etnik di Malaysia (SIRD, 2015); dan Sejarah Rakyat Malaysia (PSR, 2017).

Beliau meninggal dunia pada usia 87 tahun akibat penyakit kanser pada jam 12.20 pagi, 29 Jun 2024 di Hospital Selayang selepas bertarung dengan penyakit itu selama beberapa bulan.

  • Scholar Activist Khoo Khay Jin: Reflections on the Penan Sarawak and Malaysia

    Scholar Activist Khoo Khay Jin: Reflections on the Penan Sarawak and Malaysia

    RM40.00
  • Tokoh-tokoh Pejuang Rakyat

    Tokoh-tokoh Pejuang Rakyat

    RM60.00
  • A People's History of Malaysia: With Emphasis on the Development of Nationalism

    A People’s History of Malaysia: With Emphasis on the Development of Nationalism

    RM30.00
  • Reinventing Malaysia: Reflections on Its past and Future
    Out of stock

    Reinventing Malaysia: Reflections on Its past and Future

    RM30.00
  • Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme (Edisi Baru)
    Out of stock

    Sejarah Rakyat Malaysia: Khususnya Perkembangan Nasionalisme

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM28.00RM30.00
  • The Malays
    Out of stock

    The Malays: Their Problems and Future

    RM39.00
  • Peranan Intelektual

    Peranan Intelektual

    RM18.00
  • Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran?

    RM18.00
  • The People’s Constitutional Proposals for Malaya (70th Anniversary Edition)

    The People’s Constitutional Proposals for Malaya

    RM20.00