Syeikh Ali Balidram

Syeikh Ali Balidram dilahirkan di Singapura pada 5 Mei 1917 (11 Rabiul Awwal 1335H). Nama Ali Zulfakar dijadikan nama pena bagi buku berkaitan imu hikmah. Ia diambil sempena nama anak lelaki beliau. Ketika hayatnya, Syeikh Ali Balidram telah menabur bakti sebagai seorang pendidik, Kadi, Hakim Mahkamah Syariah dan menjadi penulis serta lebih 30 kitab rujukan agama dan ilmu-ilmu hikmah yang sebahagiannya diterbitkan sendiri.

Sejak muda, Syeikh Ali Balidram aktif memainkan peranan mengukuhkan institusi pendidikan dan agama di Pulau Pinang. Pada tahun 1960 ketika berusia 43 tahun, Sheikh Ali Balidram telah dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kedua, Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah menganggotai Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan Seberang Perai serta menjadi Kadi bagi Bandaraya Georgetown merangkap Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang.

Selain mengajar, kecintaan beliau terhadap pendidikan agama dan perubatan tradisional Melayu telah mendorongnya untuk menjadi pengarang justeru telah mengasaskan sebuah rumah penerbitan dan percetakan menggunakan nama Malaya Bharu Press bertempat di 171-D Bangunan Poh Huat, Lebuh Sungai Pinang, Pulau Pinang.

  • Perdukunan Melayu dan Biografi Ringkas Ali Zulfakar
    Out of stock

    Perdukunan Melayu dan Biografi Ringkas Ali Zulfakar

    RM35.00