Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah

Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah pernah mengikuti pengajian di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam pengkhususan bidang sejarah dan antropologi. Beliau menerima Ijazah Sarjana Pengajian Melayu daripada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, dengan kajian tentang teknologi dan kebudayaan Melayu bersumberkan teks manuskrip dan sumber etnosejarah. Beliau aktif dalam kajian manuskrip Melayu, di samping kerja-kerja etnografi yang melibatkan budaya persenjataan Melayu. Beliau juga aktif menulis dalam majalah dan jurnal seperti Seni Beladiri, Dewan Budaya, Jurnal Filologi Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Journal of Arts and Humanities, International Journal of the Malay World and Civilization, Wacana Etnik dan Jurnal Humaniora.

  • Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an

    Meor Rahman dan Seni Gayong dalam Teks-teks Bertulis 1930-1960-an

    RM45.00
  • Senjata Api Alam Melayu

    Senjata Api Alam Melayu

    RM40.00
  • Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu
    Out of stock

    Warisan Tinta Melayu: Ilmu Manuskrip Melayu

    RM45.00
  • Alegori: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu
    Out of stock

    Alegori: Ekspresi Seni Kontemporari Berasaskan Manuskrip Melayu

    RM150.00