Yabit Alas
Yabit Alas adalah penolong profesor kanan dan pengarah Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam yang banyak menulis tentang bahasa-bahasa etnik terutama keluarga bahasa Dusunik di Brunei mahupun di Sabah dan Sarawak. Beliau juga banyak menulis tentang perkembangan bahasa Melayu di Brunei serta di dunia Melayu secara amnya. Akhir-akhir ini beliau secara bersama banyak menerbitkan artikel di jurnal antarabangsa mengenai isu-isu penerapan teknologi maklumat dan komunikasi dan sosial media dengan pendidikan.