Zulkifli Salleh

Zulkifli Salleh dilahirkan pada 25 Mei 1952, di Kuala Terengganu. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan dari Universiti Sains Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau Pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai editor di Bahagian Buku Pelajaran dan Bahagian Majalah, pegawai kanan di Bahagian Kesusasteraan Moden, Pengarah di DBP Cawangan Sabah, Ketua Bahagian atau Ketua Editor di Bahagian Majalah, Bahagian Penerbitan Sastera, Bahagian Ensiklopedia. Jawatan terakhir beliau sebelum bersara ialah sebagai Pengarah di Jabatan Penerbitan.

Sepanjang perkhidmatan beliau di DBP, beliau telah menyumbang makalah untuk beberapa majalah terbitan DBP, turut menulis beberapa buah karya antaranya Krisis Tidak Berhujung (2018), Kemerosotan Orde Ekonomi Global (2018), Bahasa dan Isu-isu Sosiobudaya (2019), Idea-idea Besar Ekonomi Politik Dunia (2019), Budaya: Kepelbagaian dan Persengketaan (2019), dan Kekacauan Dunia Baharu (2020) — kesemuanya terbitan DBP. Beliau turut menjadi penulis siluman (ghost writer).

  • Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara

    Negara Bangsa Malaysia: Gerakan Nasionalisme, Perjuangan Politik dan Dasar Negara

    RM82.00
  • Naratif Wabak Dunia: Dari Athens ke Wuhan

    Naratif Wabak Dunia: Dari Athens ke Wuhan

    RM60.00
  • Warung Kopi: Sejarah dan Budaya

    Warung Kopi: Sejarah dan Budaya

    RM40.00