Zurinah Hassan

Zurinah Hassan merupakan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran Sasterawan Negara. Selain itu, beliau menerima SEA Write Award pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi – Negara ASEAN) pada 2013. Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal Na di Sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar, sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Zurinah memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia, Sarjana Sastera daripada Universiti Putra Malaysia, dan PhD daripada Universiti Malaya pada tahun 2008. Zurinah menulis dalam pelbagai genre, iaitu kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Beliau banyak memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Hadiah Cerpen Islam Jabatan Perdana Menteri, dalam bidang puisi dan cerpen.

  • Cikgu Shahnon di Mata Kami

    Cikgu Shahnon di Mata Kami

    RM25.00
  • Mutiara Pantun Melayu
    Out of stock

    Mutiara Pantun Melayu

    RM35.00
  • Pemikiran dan Falsafah dalam Puisi Melayu Tradisi
    Out of stock

    Pemikiran dan Falsafah dalam Puisi Melayu Tradisi

    RM23.00
  • Sesayup Jalan
    Out of stock

    Sesayup Jalan

    RM20.00
  • Menunggu Pesawat: Kumpulan Sajak

    Menunggu Pesawat: Kumpulan Sajak

    RM20.00
  • Salasilah: Kumpulan Puisi

    Salasilah: Kumpulan Puisi

    RM22.00
  • Wacana Pantun Melayu

    Wacana Pantun Melayu

    RM30.00
  • Menjelang Pemilihan: Kumpulan Cerpen

    Menjelang Pemilihan: Kumpulan Cerpen

    RM20.00
  • Pujangga Tidak Bernama: Kumpulan Puisi

    Pujangga Tidak Bernama: Kumpulan Puisi

    RM12.00
  • Meneruskan Perjalanan: Kumpulan Cerpen

    Meneruskan Perjalanan: Kumpulan Cerpen

    RM15.00
  • Hatimu Aisyah

    Hatimu Aisyah

    RM15.00
  • Petala 7 Sasterawan Negara
    Out of stock

    Petala 7 Sasterawan Negara

    RM60.00