Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu merupakan sebuah siri penerbitan kajian yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dengan memfokuskan sejarah kegemilangan raja Melayu, meliputi adat istiadat, kebudayaan, hasil persuratan dan kesenian dalam era pemerintahan zaman kesultanan sesebuah negeri. Pelbagai bidang ilmu dan pemikiran karyawan zaman silam yang terpancar dalam naskhah Melayu lama dikaji secara ilmiah kerana naskhah tersebut mengandungi ilmu keagamaan, sejarah, sastera, budaya, perubatan, dan sebagainya. Kajian dan perbincangan terhadap naskhah Melayu lama oleh para sarjana tempatan telah berlangsung sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian yang dibuat adalah bersifat kritikan teks yang berdasarkan pendekatan filologi. Pendekatan terkini yang ditekankan adalah dengan melihat naskhah tersebut sebagai khazanah bangsa dari segi persejarahan, keintelektualan, kebudayaan dan epistemologi Melayu.

  • Negeri Perlis dan Sejarah Peradaban

    Negeri Perlis dan Sejarah Peradaban

    RM45.00
  • Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Selangor
    Out of stock

    Kesultanan Melayu Selangor

    RM60.00
  • Kesultanan Melayu Perak

    Kesultanan Melayu Perak

    RM60.00
  • Kesultanan Melayu Terengganu
    Sale!

    Kesultanan Melayu Terengganu

    Original price was: RM67.00.Current price is: RM50.00.
  • Kesultanan Melayu Kelantan
    Out of stock

    Kesultanan Melayu Kelantan

    RM85.00
  • Kesultanan Melayu Kedah
    Out of stock

    Kesultanan Melayu Kedah

    RM75.00