Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H By: • 7 April 2024 • Announcements

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakan-rakan pembaca yang menyambutnya. Semoga kehadiran perayaan ini menambah rasa muhibah dalam kalangan kita, mengeratkan hubungan persaudaraan dan kasih sayang antara manusia, tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, seksualiti, pegangan politik dan sebagainya.

Sepanjang minggu Aidilfitri, kami menutup operasi Mandala bermula 7 April sehingga 14 April. Segala pesanan atas talian yang dibuat menerusi website, Shopee atau TikTok, akan dihantar selepas 15 April. Kami mendoakan perjalanan pergi dan balik ke kampung halaman masing-masing dipelihara dan diberi kemudahan serta keselamatan.